Vacancies

Current Vacancies at SRDC (2022)

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG

 

Sarawak Research and Development Council (SRDC) ingin mempelawa individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:

 

PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI), GRED N41

 

Kumpulan

:

Pengurusan dan Profesional

Gaji

:

Gaji permulaan mulai RM RM2,080.00 (Min) – RM9,546.00 (Maks), elaun dan lain-lain kemudahan

Taraf Jawatan

:

Kontrak

Kekosongan

:

1 kekosongan

 

Syarat kelayakan


  • ijazah sarjana muda dalam sains dan teknologi atau bidang-bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam sains dan teknologi atau bidang-bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PEMANDU KENDERAAN/ DISPATCH, GRED H11

 

Kumpulan

:

Pelaksana

Gaji

:

Gaji permulaan mulai RM1,218.00 (Min) – RM2,939.00 (Maks), elaun dan lain-lain kemudahan

Taraf Jawatan

:

Kontrak

Kekosongan

:

1 kekosongan

 

Syarat kelayakan


  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/ PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Jika berminat, sila kemukakan;


Surat Permohonan, resume lengkap yang mengemukakan gaji terkini dan gaji dijangka, Salinan sijil dan dokumen berkaitan dan gambar ukuran pasport terkini dan hantar melalui emel ke recruitment.sarawakrdc@gmail.com atau hantar ke alamat yang dinyatakan di bawah;

 

Pengurus Besar

Sarawak Research and Development Council

Lot 229, Section 63, KTLD,

Jalan Datuk Abang Abdul Rahim,

93450 Kuching, Sarawak.

(U.P: Bahagian Sumber Manusia)


Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada sudut kiri sampul permohonan anda (jika dihantar ke alamat seperti dinyatakan). Permohonan daripada Pegawai Kerajaan haruslah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing. Semua permohonan adalah dianggap sulit dan hanya calon yang layak akan dihubungi.


Tarikh Tutup Permohonan pada: 15hb Oktober 2022